RSS Feed

Cukup Allah Bagiku…

Posted on

Time is running
MasyaAllah… cepatnya masa berlalu sehingga sedikit pun tidak dapat fikiran aku mengingati sepenuhnya apa yang telah aku isikan dalam waktu-waktu yang telah berlalu itu… Setiap pagi aku bangun dengan penuh kesyukuran… Alhamdulillah, Allah masih sayang dan masih memanjangkan tempoh pinjaman nafas ini kepadaku. Hari berganti hari, aku masih menanti semangatku yang hilang entah ke mana. Setiap pagi aku bangun sangat berharap semangat ku kembali pada ku. Namun, masa berlalu tanpa belas kasihan. Ianya tetap berlalu walau semangat ku degil tidak mahu pulang ke pangkuan ku. Ya Allah….aku amat memerlukan semangatku itu untuk mambantuku menyiapkan semua projek dan tugasan ku yang banyak sehinggakan aku tidak tahu mahu buat yang mana dulu… Semuanya ada dateline yang sama. Dan masa tetap akan berlalu, dan tidak akan menanti walau sesaat…

Setiap pagi aku bangun, aku cuba bangun dengan penuh semangat. Aku tanam tekad, hari ini aku mesti siapkan ini dan ini, kemudian ini dan ini. On laptop… buka Adobe Flash…..blank! Bukak Adobe Photoshop…..blank! Aku pandang laptop, dan laptop pandang aku…. 15 minit berlalu… Satu jam berlalu… Dua jam berlalu…. Ya Allah! Ujian apakah ini?

Maher Zain
Hmmm….dah lama tak dengar lagu Maher Zain. Kali pertama aku dengar lagu Maher Zain, masa aku mula-mula masuk KUIS. Bila dengar lagu Maher Zain, lagu ni seolah-olah membawa aku kembali ke Semester 1. Mengimbas kembali bagaimana bersemangatnya aku pada masa itu. Bersemangat sehingga disenangi semua pensyarah. Malunya bila membandingkan aku sekarang dengan aku masa Semester 1 dulu…. Oh! Semangat….balik lah… Ya Allah! Semoga ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semuanya ini.

Petronas
Sambil dengar lagu Maher Zain, aku buka pula folder gambar. Wah! Banyak rupa-rupanya gambar aku. Penuh kenangan. Gambar kenangan semenjak aku bekerja di Petronas Carigali Miri dulu.

Tiba-tiba rasa sayu. Rindu pulak nak bekerja balik ke Petronas. Banyak kenangan manis dan pahit. Kenangan manis banyak mengajar aku erti syukur, dan kenangan pahit banyak mengajar aku menjadi lebih matang, berhati-hati dan berdikari. Teringat lagi, masa kat Petronas, aku seorang yang workaholic. Kuat bekerja. Aku sangat suka bekerja. Sabtu dan ahad semua orang duduk rehat kat rumah bersama keluarga. Tapi aku tidak… Penuh bersemangat menghadap PC di office dari pagi kadang-kadang sehingga ke malam. Sama seperti rutin ku pada hari weekdays. Tiada bezanya bagi aku weekdays or weekends… Aku bekerja dan bekerja sehingga lewat malam. Ramai orang kata, bekerja di Petronas sangat stress. Memang, kalau korang masuk bangunan Petronas tempat aku bekerja dulu, korang tak payah kerja, just tengok je meja-meja kitorang dah cukup buat korang stress… tak kisah lah department mana pun. Sama je, kadang-kadang timbunan file kitorang boleh dijadikan tempat kitorang menyorokkan kepala untuk curi tido…haha…. Tapi, aku tak suka perkataan “stress”. Sebab aku suka bekerja. Aku suka sangat kerja aku dulu, sehinggakan weekends tiada makna buat aku…huhu… Rindunya….

Bila mengimbas kembali betapa semangatnya aku masa bekerja dulu, terfikir balik…. Kemana hilangnya semangat itu sekarang?? Oh! Semangat…kembalilah…. Really need you right now!!! Ya Allah…Ya Rahman… Ya Rahim…. Rabbi Yassir Wala Tu’assir…

Family
Selesai gambar Petronas, buka pula folder gambar family masa Hari Raya tahun 2009. Tersenyum sendirian melihat aksi-aksi anak-anak buah yang comel, hensem dan ayu… Rindu yang tidak terkata pada mereka. Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta cemerlang di dunia dan akhirat.Ameen…

Ku tatap gambar kakak-kakakku satu persatu… Rindunya untuk kembali ke masa dulu. Aku sangat rapat dengan semua kakak-kakak dan abang-abangku kerana aku adik yang paling bongsu. Aku akui, aku sangat manja pada mereka dan aku tahu mereka menyayangiku walaupun manja dan mengada…huhu.. Masa pun berlalu…. seorang demi seorang mendirikan rumahtangga, kemudian ada anak, sorang…dua orang…tiga orang…empat orang…. Aku tumpang bahagia. Tapi, mereka tidak lagi dapat mendengar dan merasa kesedihanku seperti dulu. Kerana aku tahu, dulu tidak lagi sama dengan sekarang. Mereka sekarang semuanya sudah begelar ibu, ayah dan ketua keluarga. Dan aku tahu, tanggungjawab itu lebih besar dan berat. Aku gembira dan bahagia melihat mereka bahagia. Aku lebih selesa berada di dalam duniaku tanpa mereka tahu susah dan senangku, suka dan duka ku. Kerana aku ada Allah sentiasa bersamaku setiap saat dan waktu. Namun, hakikatnya….aku tidak dapat menipu hatiku sendiri. Demi Allah, aku amat merindui mereka. Bercerita dan bergelak ketawa bersama mereka seperti dulu. Berkongsi kegembiraan dan kesedihan. Tatkala melihat keakraban dan kegembiraan adik-beradik orang lain, aku akan tersenyum sendirian dan tumpang bahagia dan gembira. Sungguh hati ku berbunga walau hanya sekadar menumpang bahagia itu. MasyAllah… Perasaan kasih itu adalah kurniaan Allah yang sangat indah…Subhanallah!

Air mata bergenang tanpa dipinta apabila gambar ibu dan ayah terpapar pula di screen… Setiap petang selesai kuliah, aku hanya mampu mendengar suara mereka di handphone. Rindunya pada mereka hanya Allah yang tahu. Adakah kerana terlalu merindui mereka membuatkan semangatku hilang…? Kalau ibu dan ayah tahu mesti mereka sedih dan kecewa. Ya Allah….di mana lagi aku harus mencari semangatku yang hilang itu…? Berilah aku kekuatan Ya Allah…Ya Rabbi…

Hope
Kata orang, iman kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun. Begitulah juga dangan semangat kita. Mungkin ini hanya ujian sebagai Mahasiswa. Semoga ianya tidak lama, dan semoga sekejap lagi ianya datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

Usrah
Ermm..? Tetiba lak rindu kat adik-beradik usrah Nisa’ Selangor. Huhu…. Kalau gi usrah bukan main lagi bersemangatnya. Sampai kol 12tgh malam berusrah pun tak apa. Tapi mana peginya semangat belajar? Huhu… ni dah salah dah ni. Tak balance… Semangat jihad dan dakwah berkobar-kobar… Tapi semangat akademik nya…sedih…. Hmm…nampaknya kena buat sesuatu ni… (^^,)

Hope for the BEST!
And last but not least…. Tertulisnya entry ini, adalah berharap agar ianya dapat mengembalikan semangatku. Semoga nokhtah terakhir pada entry ini adalah penawar untuk semangatku kembali pulih. Doakan, semoga cuti berbaki lagi 3 hari ini cukup untuk aku menyiapkan semua projek dan assignment ku yang terbengkalai… Proposal Final Year Project * Scripting In Authoring – Jawi Game project * Creative Design – Advertising Project * 3D Animation Project * Audio Video – Short movie Project * Fiqh Islami – Fiqh Mu’amalat Project… Here I come… I Love You All for the sake of Allah SWT. Please forgive me…Huhu… :’)

Sungguh…
Cita-citaku sangat tinggi
Setinggi bintang di langit
Demi mencari Redha Illahi…
Kembalilah semangatku pada diri yang hina ini…
Andai kau hilang kerana kau tahu bahawa esok diriku akan kembali manghadap Illahi,
Maka aku rela kau pergi menjauh
Namun andai perjalanan hidupku masih panjang
Kembalilah…
Aku amat memerlukanmu
Siapalah diriku tanpa mu…?

About jihadilmu

dahagakan ilmu dan iman

12 Responses »

  1. MasyaAllah..sebak baca post akak kali nie..full of sincerely & true feelings.sbg sorg insan ad pasg dan surutnya.. di sini kita cri titik turning point dan mnuntut kte ‘ber’uzlah’ sketika.. 1 mse utk kte duduk sndiri dan muhasabah.. terasa dihargai dan menghargai melahirkan syukur..tnda rahmat Allah yg mmberikan apa yg kte prlukan.. Semoga Allah beri kekuatan atas sgalanya.. nice to know that u’re in d “house” of usrah (^^).. apa yg manis bsama2 dkongsi..xlupe juge yg pahit juge..hehe ..moga Allah kasih (“,)..

    Reply
  2. cukuplah Allah untuk kita, dimana pun tempat yang telah Allah letakkan untuk kita pasti ada manis dan pahitnya disitu, setiap yang manis dan yang pahit ada sebab dan musabab Allah tersendiri utnuk hamba-hambanya yang terpilih.

    tahniah kak,teruskan berbloging untuk manfaat semua

    akk x try letak chatbox, n follower box

    Reply
  3. Jazakillah khair Umi n Asma… InsyaAllah, setiap hembus nafas berusaha untuk memperbaiki diri demi mencari redha Illahi. …

    Asma: wordpress susah ckit nak buat chatbox. Tak susah kot tp mgkin akak ni dalam kategori budak IT yg masih buta IT..huhu…. Follower box ada je….

    Reply
  4. Assalamualaikum Maksu,

    Huhu, selalu kedak ya kan kita, time mok exam, ada banyak assignment, mesti rindu rumah. Pasal semangat, sama juak, pernah rasa apa Maksu rasa ya. Rasanya yang terbaik untuk kita buat ialah teruskan doa kat Allah, Allah mok kita banyakkan berdoa dan sabar. Dari doa dan sabar yalah insyaAllah kita dapat pahala.

    Mungkin, mun kita sik rasa susah, kita pun amalan sikit gilak mok dapat pahala dari Allah. Jadi, Allah tolong kita dengan rasa susah ya, supaya kita sabar. Tapi ujian kesusahan pun boleh merugikan, kalau masa diuji kesusahan ya, kita sik sabar dan ‘memberontak’. Na’uzubillah min zalik.

    Camne mok tambah semangat? Payah soalan ya, k.sya kedirik pun kadang-kadang ada masa hilang semangat. Tapi, sikda cara lain kali melainkan paksa dirik. At least, kita sik give up. Maksudnya, bila sik semangat, kita terus fikir positif dan berhenti semua fikiran yang negatif. Mintak kuat-kuat dalam hati, supaya Allah tolong.

    Huhu, mudahnya menaip daripada mok polah. Apa k.sya tulis tok reminder buat dirik terutamanya.

    Semoga Allah permudahkan segala urusan Maksu! Allahumma ameen.

    Reply
    • Wa’alaikumsalam warahmatullah sya… Huhu… Jazakillah…bg maksu semangat. Yalah…maksu masih lg berusaha mencari semnagat tok… Td dah kena tungguh lecturer sblm maksu ke cc tok…sbb maksu sikda jumpanya utk tunjuk progress final year projek maksu.. Terpaksa maksu cerita segala2nya pada supervisor maksu ya… Huhu…Alhamdulillah dpt supervisor/lecturer yg sporting kan…
      Selain doa maksu juak tgh amalkan ruqyah Dr Harun Din. Ada kawan bg buku ya kat maksu… Alhamdulillah masih istiqomah dan semoga Allah tolong…. Yang maksu pelik nya kan… Semangat buat asignment and study hilang terus sem tok… Tp, pantang ada majlis ilmu maksu semangat pegi. Walaupun ada Tallaqi kul 6.30 pg, maksu sggup bgun 1jam sblm subuh sbb takut tertinggal tallaqi kat masjid. Kalau ada program ilmu anjuran mana2 fakulti pun maksu gi juak walau sikda kawan… Program hbs kol 12 mlm pun maksu sik kisah. Terbalit ngan sem2 lps… Maksu susah nak gi program atau majlis ilmu sbb nak siapkan asgnment… Maksu masih mencari jawapan utk kepelikan yg melanda maksu sem tok.. huhu… Tp, dalam pada ya maksu bersyukur dan semoga istiqomah juaklah rajin gi majlis ilmu n usrah…
      Ntahlah… Doakan utk maksu sya… Mcm dah sikda minat ngan course maksu skrg pun ada juak… Rasa nak masuk sekolah pondok membuak-buak(wujudkah perkataan tok?)… (^^,). K lah… Maksu nak balit asrama. Nak cuba bukak buku sketch and start buat sketching utk final year project maksu yg kena present jumaat minggu depan…. huhu…harap sempat. Terima kasih sya, doakan utk maksu… Doakan juak maksu dan kita semua mati dalm Iman dan Islam… Ameen Ya Rabb…

      Reply
  5. TanpaGraviti

    Assalamualaikum. Good day.

    Saudari pernah bekerja di Petronas Miri? Saya bakal ditukarkan ke sana.
    Boleh saudari cerita sedikit sebanyak tentang working life di sana, orang2 Miri, rumah sewa, kereta wajib ada etc.

    Plus, google2 jumpa ‘petronas bachelor quarters’ di miri katanya. Ada ka kuarters nih?

    Please advise. Thank you.

    Regards,
    TanpaGraviti

    Reply
    • Wa’alaikum salam Warahmatullah… Yup, saya pernah bekerja di Petronas Carigali Miri selama 6 tahun. Alhamdulillah, kerja kat situ mmg best. Environment nya pun best… Yg paling penting ada surau dan nak solat on time xde masalah. Setiap staff, ada tea lady yg buatkan air utk kita setiap pagi dan tgh hari lps lunch hour. Tak kira la awak ni manager ke, executive ke, atau clerk biasa je…^^. Ttg rumah jgn risau. Quarters mmg ada utk staff petronas dan di utamakan utk staff dari semenanjung dan sabah. Saya org local pun dpt duduk quarters tu dulu. Rumah nya sgt selesa dan murah. Kalau dapat semi-D rm500 kongsi 4 orang kalau belum kawin. Kalau dapat banglo rm 700 (dulu la….tak tau la skrg…) Saya dah lama x balik miri. Fully furnish, ada sofa, katil, almari, peti sejuk, dapur…kesimpulannya awak hanya perlu bawa pakaian je… :) . Jarak rumah dari ofc kira2 10min naik kereta. Pagi2 mmg jam tp x seteruk jam di KL. Biasalah semua org nak gi kerja pagi2 kan… Tp kalau x jam dalam 5 min sampai ofc. Miri sebuah bandar yang kecik, tenang sebb tepi laut. Jam kurang…. Ofc pun tepi laut, sgt tenang… Pendek kata awak jgn risau sgt, sampai sana nnti awak akan jumpa ramai kawan yg bachelor juga duduk di quarters. Nanti boleh tanya diorang ada tak kekosongan di rumah mereka. Selalunya pihak HR yg akan uruskan semuanya… Ttg kereta pun jgn risau, sure bila awak dah jumpa quarters yg ada kekosongan bilik nnti, housemate awak ramai yg dah ada kereta. So, boleh tumpang dulu. Satu rumah tu ada 4 bilik. Satu bilik utk satu org sahaja. Xde kongsi2 walaupun dapt masterbed room. Kesimpulannya, dont worry… Petronas carigali satu2nya tmpat bekerja yg sangat selesa yg saya pernah alami… InsyaAllah, semoga semua urusan awak di sana nanti dipermudahkan… Dont worry k… ;)

      Reply
      • TanpaGraviti

        Terima kasih banyak2! Alhamdulillah. Lega sungguh selepas baca komen saudari nih. Begitu rupanya kehidupan di Petronas Carigali Miri. Bab tea lady tu memang saya sedikit terkejut..sebab tak pernah alami di ofis2 lama..kalo ada pun hanya untuk managing director..hehehe. And Alhamdulillah, ada kuarters untuk kakitangan. Petronas dah fikirkan awal2 rupanya pasal benda nih. Salah satu benda paling mengusutkan kepala ketika berpindah tempat kerja ialah mencari rumah baru. Hehe. Syukur kepadaNya, ada kuarters disediakan. Dengan fully furnishednye. Plus jaraknya dari opis pun tak jauh sangat. Boleh naik moto saya rasa kalo 10 minit perjalanan tu.. Alhamdulillah2 :)

        Hehe, saya bukan apa saudari. Pindah ke tempat yang tiada kenalan/ saudara mara. Sebab tu dok tercari sana sini info/maklumat atau apa saja yang berkaitan dengan Miri. Dalam pencarian tu saya terjumpa link ke blog saudari :)

        Ps: kerja di mana sekarang?

      • Alhamdulillah… Kerja kat sana selesa dan tenang dari segi environment kat ofc, facilities dan traffic jam kurang… Saya sambung belajar skrg di KUIS bangi. Awak ni dari UTP ke? Nanti masuk SKO department mana? Dulu saya kerja di Suply Chain Management Department kat bhgian Purchasing. Atau di pggil Procurement Department. ^^ selamat maju jaya, dan semoga dipermudahkan segalanya nanti…

      • TanpaGraviti

        Oo..sambung belajar rupanya, Saya ingatkan dah kerja dengan OnG company lain sekarang nih :) All the best in ur study! Semoga mendapat keputusan cemerlang, dan semoga dipermudahkan segalanya olehNya :) Saya bukan dari UTP. Masuk SKO nanti taktau lagi department mana. Belum official lagi aka offer letter belum dapat lagi..hehehe

      • TanpaGraviti

        Assalamualaikum saudari.

        Jika tidak keberatan, mohon berikan email saudari. Ada sedikit soalan berkenaan SKO yang ingin saya tanyakan. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: